Perjanjian TPP Tidak Akan Ada Apa-Apa Makna Tanpa Penyertaan AS : Shinzo Abe

54

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata bahawa Perjanjian Trans-Pasifik(TPP) tidak akan memberi apa-apa makna tanpa penyertaan AS. Kenyataan ini diluahkan Abe apabila presiden Donald Trump berkata bahawa beliau akan menarik balik penglibatan Amerika Syarikat didalam perjanjian tersebut.

Dalam mesyuarat pemimpin-pemimpin TPP di Lima pada Sabtu, kesemua pemimpin yang terlibat dalam perjanjian tersebut bagaimanapun tidak membincangkan kesan perjanjian tersebut tanpa penglibatan AS.

Trump telah mengeluarkan video bagi menyusun atur pelan tindakan yang akan diambil oleh beliau pada 20 Januari nanti sejurus sahaja memegang jawatan secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat. Antara yang bakal dilakukan oleh Trump termasuklah menarik balik penglibatan AS di dalam perjanjian tersebut. Beliau juga menyifatkan tindakan itu bagi mengelakkan AS terlibat dengan sebarang “bencana”.

Jika AS menarik diri, halangan perdagangan AS akan menjadi lebih ketat dan pelabur-pelabur akan sukar untuk menjalankan sebarang perniagaan secara bebas di dalam negara tersebut. Hal ini juga turut memberikan kesan buat perdagangan dua hala antara AS dengan mana-mana negara sebelum ini berikutan peningkatan kawalan termasuk menjejaskan nilai tukaran matawang untuk tujuan perdagangan. Kos akan menjadi lebih mahal kerana pembayaran tariff serta pelbagai lagi manfaat yang bakal disekat.

Sebelum itu, Abe dikatakan ada bertemu Presiden Russia pada minggu lepas iaitu Valdimir Putin untuk menamatkan pertikaian di pulau yang melibatkan Russia dan Jepun sebelum ini.

Pulau-pulau pasifik barat yang telah ditawan oleh tentera Soviet pada akhir Perang Dunia Kedua telah mengganggu hubungan diplomatik sekali gus  menghalang perjanjian damai antara Tokyo dan Moscow.

Britain Sedang Merangka Strategi Untuk Menjadi Gergasi Teknologi!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat