Perkembangan Dagangan AS-China Pacu Harga Minyak Mentah Ke Paras Tertinggi Tiga Bulan

293

Harga minyak mentah stabil menghampiri paras tertinggi tiga bulan pada hari ini disokong oleh perkembangan positif dalam hubungan perdagangan AS dan China setelah perjanjian fasa pertama berjaya dicapai.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 4 sen kepada $66.58 manakala WTI Amerika Syarikat susut 6 sen kepada $61.12. Kedua-duanya kekal diniagakan dengan peningkatan untuk tiga minggu berturut-turut.

Perkembangan dagangan antara dua negara pengguna minyak terbesar dunia yang dilihat semakin reda, telah meningkatkan unjuran terhadap permintaan tenaga yang lebih tinggi pada tahun depan dan prospek pertumbuhan global.

Beberapa hari selepas mereka mencapai perjanjian perdagangan fasa pertama dan dijangka akan ditandatangani pada Januari ini, China mengumumkan pengecualian tarif ke atas enam barangan minyak dan kimia dari Amerika Syarikat untuk tempoh satu tahun, mula berkuatkuasa pada 26 Disember.

Penurunan dalam inventori minyak mentah AS juga menyokong harga minyak dengan susut sebanyak 1.1 juta tong kepada 446.8 juta tong pada minggu lepas, menurut data yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Selain itu, dagangan emas susut selepas mencapai paras tertinggi dua minggu yang disokong oleh ketidakpastian politik Amerika Syarikat berikutan majoriti Dewan Perwakilan AS telah mengundi untuk memecat Presiden Donald Trump atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Niaga hadapan emas susut kepada $1,483.25, sementara pelabur menantikan penerbitan laporan GDP Amerika Syarikat pada malam ini.

Penganalisis memberitahu harga emas terus terdedah kepada risiko lebih tinggi pada tahun 2020 yang didorong oleh rundingan perdagangan fasa kedua AS-China, pilihan raya Amerika Syarikat, dasar monetari global dan respon pelabur terhadap perkembangan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat