Digital Yuan Semakin “Mengganas”, Terkini Sektor Insuran Jadi Uji Kaji!

708

Perkembangan digital yuan telah melangkahi ke fasa yang baru apabila baru-baru polisi insuran Yuan Digital yang pertama telah dikeluarkan di Shenzhen. Anak syarikat Shenzhen Ping An Property & Casualty Insurance bersama dengan cawangan Bank of China di Shenzhen telah mengeluarkan insuran Digital Yuan Covid-19 kumpulan pertama.

Berdasarkan laporan Global Times baru-baru ini langkah penerbitan polisi insuran Digital Yuan adalah sebagai simulasi untuk melihat penggunaan Digital Yuan dalam proses implimentasi. Maklumat ini didedahkan oleh salah seorang penolong pensyarah di Gaoling School of Artificial Intelligence di Universiti Renmin China, Wang Peng.

Menurut Wang Peng, pengeluaran insuran ialah menggalakkan pengguna untuk menggunakan Digital Yuan dalam kerangka pelaksanaan yang lebih meluas. Sebelum ini, Digital Yuan telah boleh digunakan untuk pembayaran e-dagang dan atas talian.

Tambah Wang, semakin banyak  pengguna terbiasa melakukan pembayaran dengan digital yuan dan pasaran mula matang maka penggunaan Digital Yuan dapat dikembangkan dalam kerangka lebih luas seperti perkhidmatan kewangan sehinggalah kepada perdagangan di sekuriti.

Polisi insurans yang dikeluarkan baru-baru ini  merupakan aplikasi perintis sektor insurans Digital Yuan untuk pembayaran premium atas talian. Sasaran polisi insuran ini menyasasarkan pekerja perubatan di daerah Nanshan di Shenzhen, dan memberikan 300,000 Yuan, yang setara dengan $ 46,221 sebagai perlindungan kematian akibat COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat