Perkembangan Omicron Beri Impak? Ini Perkara Trader Perlu Tahu Mengenai Pasaran Kewangan!

956

Matawang Euro catat prestasi cemerlang pada hari Selasa dan berada di landasan yang betul untuk mencapai kenaikan terbesar tiga hari berturut-turut tahun ini. Namun hal tersebut terbantut untuk sementara waktu berikutan para pelabur dan pedagang mengurangkan posisi jualan mereka selepas Ketua Pegawai Eksekutif Moderna menyatakan vaksin Covid-19 berkemungkinan tidak berkesan terhadap varian Omicron.

Selera risiko pasaran mula berkurangan pada hari kedua minggu ini selepas komen dari Moderna mengukuhkan jangkaan bahawa ekonomi berkemungkinan akan berkembang perlahan dan ia mengambil masa yang lebih lama untuk kembali normal.

Hal in tergambar jelas pengukuhan matawang Euro juga dipengaruhi apabila pedagang mula mengurangkan pertaruhan mereka yang berkaitan dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah lebih cepat daripada yang lain.

Matawang Euro didagangkan mengukuh 0.5% pada hari Selasa berbanding US dolar pada pasaran $1.1367 dengan naik 1.3% dalam tiga sesi terakhir.Matawang tunggal itu mencatatkan kenaikan berturut-turut terbesar tiga hari sejak Disember 2020.

Disisi lain matawang yen turut mengukuh dengan pengukuhan 0.6% berbanding US dolar sejak awal Oktober pada paras dagangan 112.68 yen.

Pasaran juga menzahirkan kebimbangan bahawa pertumbuhan ekonomi global boleh terganggu berdasarkan komen Ketua Pegawai Eksekutif Moderna.

Dolar Australia susut 0.65% kepada paras terendah 12 bulan baharu pada $0.7093, dan dolar New Zealand susut 0.6% kepada $0.6783. Indeks US dolar pula susut 0.70% kepada paras dagangan 95.660. Pasaran memberi tumpuan pada perkembangan varian baru yang dilihat berpotensi memberi kesan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat