Perkembangan Omicron Beri Tamparan Pada Minyak Mentah

359

Dagangan minyak mentah kembali mengurangkan keuntungan berikutan kebimbangan terbaru terhadap varian Omicron akan menjejaskan permintaan bahan bakar global.

Laporan daripada saintis UK telah menimbulkan kegelisahan pasaran setelah kajiannya mendapati bahawa dua dos vaksin AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech kurang berkesan ke atas varian baharu itu.

Ini diikuti dengan berita yang melaporkan kematian pertama akibat Omicron di UK dan juga di dunia, sekali gus menimbulkan kebimbangan pelabur bahawa varian itu akan mencetuskan kesan lebih besar.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent merosot pada $74.10 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula suram pada sekitar harga $71 setong.

Walaupun ketidakpastian terhadap varian Omicron semakin meningkat, tetapi unjuran terbaru daripada Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) membantu mengehadkan penyusutan harga minyak.

OPEC menaikkan unjuran permintaan minyak dunianya untuk suku pertama 2022, dengan mengatakan varian Omicron akan memberi impak ringan apabila dunia membiasakan diri memerangi pandemik Covid-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat