Perkembangan Perlahan Brexit Terus Memberi Tekanan Buat Pound

369

Memasuki dagangan sesi Eropah hari ini, Pound Sterling dilihat terus bergerak lemah dalam pasaran apabila terus menyambung penurunan harga berbanding pasangan matawang utama yang lain.

Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier pada hari ini menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama dan meneliti pelan operasi Brexit daripada Britain. Namun, masih tiada perkembangan lanjut berhubung laporan tersebut.

Dolar Euro juga turut mengiringi penurunan Sterling ekoran laporan berkenaan peletakan oleh ahli lembaga eksekutif di European Central Bank (ECB), Salbine Lautenschlager. Beliau mengumumkan pengunduran beliau lebih awal sebelum pekhidmatan penggal beliau sepatutnya berakhir.

Perkara tersebut berkemungkinan membangkitkan kegusaran pelabur terhadap organisasi petadbiran dalam bank pusat Eropah itu sendiri menjelang pertukaran Presiden ECB yang baru selepas ini.

Dagangan dolar Amerika Syarikat pula dilihat bergerak perlahan dengan tumpuan pelabur akan terarah pada bacaan akhir bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Amerika Syarikat dan juga data tuntutan pengangguran yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam ini.

Berhubung perkembangan pada rundingan dagang AS-China, Kementerian Perdagangan China menyatakan bahawa perbincangan masih diteruskan untuk perincian rundingan bersama Amerika Syarikat pada Oktober nanti.

Pergerakan pasaran dilihat perlahan dan hanya matawang dolar New Zealand yang menyerlah pada sesi Asia dengan lonjakan harga memberi respon terhadap kenyataan optimis oleh Gabenor bank pusat, Adrian Orr.

Harga minyak mentah pula dilaporkan terus menurun selepas jaminan oleh Arab Saudi bahawa pengeluaran telah kembali beroperasi seperti sediakala.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat