Perkembangan Positif Perjanjian Perdagangan Tingkatkan Keyakinan Pasaran!

330

China dilaporkan telah menggesa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghapuskan lebih banyak tarif yang dikenakan pada bulan September sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan fasa pertama.

Susulan daripada itu melalui berita yang berasingan, pentadbiran Trump dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada akan membatalkan tarif tersebut. Melalui perkembangan ini dapat dilihat pasaran semakin optimis terhadap perjanjian perdagangan yang akan ditandatangani pada bulan ini.

Dagangan dolar USD terus mempamerkan pengukuhan berbanding yen dengan menghampiri paras 108.9 manakala berbanding Swiss Franc, USD menokok kepada 0.9907. Indeks dolar berbanding kumpulan matawang utama lain pula kekal pada 97.54.

Sementara itu, data PMI sektor perkhidmatan di UK dan data ISM Bukan Pembuatan PMI di AS menjadi tumpuan perlabur pada hari ini, dengan masing-masing diunjurkan akan mengalami peningkatan.

Matawang pound merosot selepas meningkat ke paras tertinggi harian melepasi 1.2900 berbanding USD yang disokong oleh tinjauan pilihan raya yang menunjukkan sokongan kepada Parti Konservatif PM UK Boris Johnson mendahului parti pembangkang lain.

Data PMI sektor perkhidmatan di UK menunjukkan peningkatan lebih tinggi kepada 50.0 bagi bulan Oktober daripada 49.5 pada bulan sebelumnya dan turut melebihi jangkaan pasaran yang ditetaplan pada 49.7.

Selain itu, dolar Australia terus menunjukkan momentum pengukuhan sebagai mempunyai prestasi terbaik di kalangan matawang utama yang lain berikutan keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) yang mengekalkan kadar faedah pada paras terendah 0.75% hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat