Perkembangan Rundingan Dagang AS-China Kembali Membimbangkan, Isu India-Pakistan Burukkan Lagi Keadaan

708

Matawang Pound Sterling terus merekodkan paras ketinggian terbaru dalam tempoh tujuh bulan pada dagangan Rabu berikutan permintaan tinggi para pelabur terhadap Pound dengan jangkaan UK mampu keluar dari situasi pengunduran dari Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian.

Perdana Menteri Britain, Theresa May pada Selasa lalu telah menawarkan para penggubal undang-undang peluang untuk mengundi dalam tempoh dua minggu untuk memilih sama ada ‘no-deal’ Brexit ataupun penangguhan Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah, sekiranya cubaan beliau untuk mendapatkan kelulusan perjanjian Brexit masih gagal.

Walaupun jika dilihat kepada matawang berpulangan tinggi seperti dolar AUD dan NZD menerima tekanan dan permintaan terhadap safe-haven pula meningkat, GBP mempamerkan prestasi yang cemerlang berbanding dolar USD.

Perkembangan terbaru untuk dolar USD pula, matawang paling tinggi kecairan itu akhirnya mula menunjukkan kenaikan pada nilai dagangannya setelah kebimbangan pasaran terhadap ketidaktentuan perkembangan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China mula melanda kembali.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer memberitahu kongres menerima laporan terlalu awal dan masih banyak kebarangkalian yang boleh dijangkakan daripada keputusan rundingan daganga AS-China tersebut.

Selain itu juga, pengukuhan USD turut disokong oleh faktor geopolitik melibatkan ketegangan yan tercetus antara India dan Pakistan. Laporan tersebut telah memberi isyarat kepada pelabur bahawa sentimen pasaran akan kembali berisiko dan pelaburan akan beralih ke arah aset yang lebih selamat.

India dan Pakistan masing-masing menyatakan bahawa mereka menembak pesawat antara satu sama lain pada Rabu, di mana Pakistan telah menahan seorang juruterbang India sehari selepas pesawat perang India menyerang Pakistan buat pertama kali sejak perang 1971 yang lalu.

Matawang EURO tidak menunjukkan pergerakan yang agresif di mana pelabur masih melihat dagangan EURO masih berisiko ekoran kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah. Sesi pasaran Eropah petang ini juga akan menyajikan beberapa data ekonomi do Jerman, Itali, Perancis dan Sepanyol.

Selain daripada terkesan oleh faktor pasaran minyak mentah, matawang komoditi dolar CAD gagal mencatatkan pengukuhan selepas data indeks harga pengguna yang dikeluarkan semalam gagal mencapai jangkaan 0.2% sebaliknya mencatatkan bacaan 0.1%. Namun, angka tersebut berjaya mengatasi bacaan sebelum ini iaitu -0.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat