Perkembangan Terkini Bitcoin Buat Ramai Trader Bitcoin Menyesal?

5,077

Semalam harga Bitcoin (BTC) terus melonjak ke paras tertinggi dengan rekod terbaru all-time high menghampiri $34,700 semalam. Lonjakan tersebut tidak terhenti pada matawang crypto Bitcoin namun matawang crypto yang lain (alt coin) juga mencatat peningkatan.

Ethereum (ETH) disissi lain pula mencatat sejarahnya tersendiri kurang daripada 24 jam dengan melonjak melebihi $1,100 sebentar tadi.
Walaubagaimanapun, segelintir trader merasa menyesal kerana tidak sempat ikut serta dalam lonjakan harga Bitcoin pada minggu lalu. Kini harga mula merosot dari paras tertinggi. Bitcoin sedikit menurun di bawah harga $ 30,000 pada hari Isnin selepas 2 hari cecah paras tersebut.
Harga Bitcoin mersosot serendah $ 29,316 pada awal pagi Isnin, iaitu turun 12% dalam tempoh 24 jam terakhir dan kemudian terkini mencatat pada bacaan harga $31,037.68 setakat jam 9.50 p.m.
Jason Deane, seorang penganalisis firma penasihat crypto Quantum Economics, berpendapat kejatuhan harga Bitcoin hampir 10% adalah disebabkan trader mula mengambil keuntungan jangka pendek. Bitcoin dijangka akan membuat pembetulan harga tidak lama lagi.
Pada tahun ini dapat dilihat bahawa ramai penganalisis dan trader menganggap bahawa bitcoin sebagai pelindung nilai inflasi yang berfungsi seakan seperti emas. Sejumlah pelabur institusi juga telah menunjukkan minat yang lebih terhadap bitcoin dengan mempertuntukan sebahagian aset mereka untuk melabur dalam matawang crypto.
Prestasi Bitcoin 2020 telah menunjukkan kemajuan yang ketara seperti yang pernah berlaku pada tahun 2017 iaitu harga bitcoin melonjak kepada hampir $ 20,000.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat