Perkembangan Terkini Industri Crypto Mingguan 20 Julai – Bitcoin

466

Pada Jumaat lepas, harga bitcoin berada pada paras harga $6254.4 seunit dan jumlah pasaran crypto berjumlah $ 245 bilion sambil menunjukkan terdapat tanda-tanda bahawa permintaan terhadap crypto berkurangan.

Ripple XRP jatuh 2.94% kepada $ 0.43410 di pertukaran Poloniex, manakala Ethereum jatuh 2.74% kepada $ 427.82.Tidak banyak perkembangan baik yang berlaku sepanjang minggu tersebut.

Walaubagaimnapun, pada minggu ini harga bitcoin telah mengukuh tinggi sehingga ke paras harga $7,432.9 di pertukaran Bitfinex dan jumlah pasaran crypto juga meningkat kepada $286 billion.

Ripple XRP jatuh naik sedikit kepada $ 0.4694 di pertukaran Poloniex, manakala Ethereum naik kepada $ 467.19.

Beberapa berita baik telah berlaku sepanjang minggu iaitu ;

1. Mastercard telah memenangi paten US pada hari Selasa untuk kaedah mempercepatkan pembayaran mata wang kripto.

2. Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong (HKMA) menyatakan kesedian untuk melancarkan platform pembiayaan perdagangan blockchain dalam masa dua bulan ini sebagai langkah membasmi penipuan.

3. IBM Blockchain telah berkerjasama dengan institusi kewangan, Stronghold bagi melancar token aset yang menggunakan rangkaian Stellar.

4. China akan menjadi ketua dalam penyelidikan antarabangsa mengenai penyeragaman Internet of Things (IoT) dan teknologi blockchain,

Dalam masa yang sama juga terdapat kenyataan daripada pengerusi the Fed, Powell bahawa bitcoin bukan matawang sebenar dan mengulang retorik sama iaitu tidak mempunyai niali intrisik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat