Perkembangan Terkini Mingguan Indsutri Crypto – Bitcoin

502

Harga bitcoin dibuka tinggi pada Ahad lepas sehingga ke paras harga $6856.93 dari harga $6548.29 seunit. Iaitu meningkat sebanyak 300 dolar USD. Pada Jumaat ini, harga bitcoin telah susut kepada 6,254.4 seunit kerana kekurangan faktor dorongan peningkatan matawang crypto.

Bitcoin jatuh sebanyak 3.21% kepada $6,173.0 seunit di pertukaran Bitfinex selepas didagangkan tinggi pada $6,378.5.

Jumlah pasaran crypto jatuh kepda $ 245 bilion dari kira-kira $ 252 bilion pada Rabu, menunjukkan terdapat tanda-tanda bahawa permintaan terhadap crypto berkutangan.

Kejatuhan ini disbebakan kebimbangan pelabur terhadap beberapa bursa crypto dalam isu keselamatan.

Ripple XRP jatuh 2.94% kepada $ 0.43410 di pertukaran Poloniex, manakala Ethereum jatuh 2.74% kepada $ 427.82.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkembangan baik antaranya salah satu platform dagangan matawang crypto yang terkemuka,telah mendedahkan penyertaannya dalam projek desentralisasi bank crypto yang berpusat di Malta. Pengumuman ini diumumkan oleh CEO Changpeng Zhao pada hari Khamis.

Menurut salah satu kenyataan, pengasas bank tersebut akan memberi tumpuan kepada perniagaan teknologi dan crypto .Pengguna akan dapat mengakses akaun mereka dari kedua-dua aplikasi web mudah alih dan desktop dan menggunakannya secara langsung bersama kad kredit yang akan dikeluarkan oleh bank tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat