Perkembangan Terkini NAFTA: Mexico & Kanada Optimis

370

Menteri Kewangan Mexiko dan Kanada mengatakan bahawa mereka optimis tentang pembicaraan mengenai perdagangan bebas Amerika Utara atau North America Free Trade Area (NAFTA) dengan Amerika Syarikat (AS). Dalam masa yang sama ketegangan perdagangan yang dipicu oleh tarif AS telah mendominasi perbincangan pertemuan para pemimpin kewangan negara-negara G20 di Argentina juga telah menghasilkan beberapa langkah untuk mengelakkan hal tersebut..

Perkembangan terkini NAFTA ialah Menteri Kewangan Mexico Jose Antonio Gonzalez Anaya telah mengeluarkan kenyataan bahawa masih ada beberapa bab dari NAFTA yang belum final, tetapi rundingan semula itu dijangka dapat diselesaikan sebelum Presiden Andres Manuel Lopez Obrador mulai menjabat jawatan pada 1 Disember setelah kemenangan dalam pemilihan pada bulan ini.

Anaya mengungkapkan, terdapat kemungkinan bahawa Mexico akan mendapatkan kesepakatan dalam beberapa perkara dan pihaknya akan terus melakukan rundingan dengan Menteri Kewangan Kanada, Bill Morneau untuk membahas pembaharuan perjanjian NAFTA.

Dapat dipastikan dengan kemenangan Obrador sebagai Presiden Mexico, ia seolah-olah dapat memberi nafas baru. Beliau memilki pelan untuk mempertahankan NAFTA dan akan membentuk sebuah pasukan khas untuk memperlancarkan rundingan.

Cabaran ketika ini yang dihadapi oleh Mexico ialah pengenaan tarif import keatas baja dan aluminium. Walaubagaimanapun, Mexico tetap optimis dengan masa depan NAFTA berikutan perubahan situasi politik.

Dalam masa yang sama, di Kanada juga menunjukkan hal yang positif apabila Menteri Kewangan AS Steve Mnuchin juga telah meyakinkan Morneau bahwa pemerintahan Trump tetap berkomitmen pada perjanjian trilateral meskipun Trump juga mengatakan bahwa AS dapat bertumbuh pantas dengan perjanjian bilateral yang terpisah.

“Perubahan di Mexico memberi kami kesempatan untuk memulai kembali diskusi berkaitan NAFTA. Kami akan melakukannya dengan sungguh-sungguh. Kami akan berusaha untuk mencapai kesepakatan dalam jangka waktu yang telah kami tetapkan dalam beberapa bulan ke depan,” kata Morneau

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat