Perkembangan Terkini Pandemik Covid-19 Di Seluruh Dunia : Lebih 350,000 Kes Jangkitan Telah Tercatat!

1,338

Sehingga hari ini, data menunjukkan kes jangkitan koronavirus (Covid-19) yang  telah disahkan telah melebihi 350,000 kes di seluruh dunia pada hari Isnin dan kematian akibat pandemik ini telah melebihi 15,000 kematian.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins, lebih daripada 350,536 orang telah dijangkiti wabak Covid-19 dan sekurang-kurangnya 15,328 orang telah berhadapan dengan kematian.

Kes yang dicatat diseluruh dunia telah meningkat sebanyak 2 kali ganda dan kematian di seluruh dunia meningkat hampir 2 kali ganda pada minggu lalu, hal ini adalah berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Di luar China, Itali merupakan negara yang mencatat kes terbanyak disahkan positif Covid-19 iaitu hampir 60,000 kes. Di A.S pula lebih 35,000 kes telah disahkan, dengan ini A.S merupakan negara ketiga yang paling banyak dijangkiti pandemik ini. Seorang pegawai A.S. mengatakan bahawa angka itu mungkin meningkat apabila negara melancarkan ujian yang lebih meluas di seluruh bahagian negara.

Sehingga kini, Itali telah mencatat lebih daripada 5,400 kematian dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat sehingga ratusan setiap hari. Pada minggu lepas, angka kematian yang tercatat di Itali akibat pandemik ini telah melebihi angka yang dicatat di China.

Persatuan WHO telah beri amaran bahawa wabak ini bukanlah wabak yang biasa-biasa , ia memerlukan rawatan itensif untuk merawatnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat