Perkembangan Terkini Pasaran Ekuiti Global

67

Pasaran saham Australia ditutup lebih tinggi pada Isnin dengan kaunter IT, telekomunikasi dan sektor pengguna menjadi penyumbang utama.

ASX200 ditutup 0.36% lebih tinggi. Di Jepun,Nikkei 225 pula ditutup 0.76% lebih tinggi.

Pasaran ekuiti Eropah dibuka lebih tinggi pada Isnin, dengan kaunter-kaunter perbankan dan tenaga merekod prestasi terbaik.

STOXX 600 yang menggabungkan 600 syarikat besar di 18 negara Eropah yang juga mewakili 90% modal pasaran Eropah naik 0.41% setakat pukul 5.02 pm.

Di Jerman Dax menokok 0.66% selepas data perdagangan yang dikeluarkan adalah memberangsangkan dengan peningkatan eksport menambah lebihan dagangan (trade surplus) kepada negara terbesar Eropah ini.

Konglomerat di Norway Orkla adalah antara yang paling banyak merekod keuntungan dengan menokok 2.4%.

CAC 40 di Perancis naik 0.27% manakala FTSE 100 di UK naik 0.25%.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat