Pelabur Kena Bertenang! Ini Kemas Kini Ekuiti Selepas Data Inflasi AS Semalam

216

Pasaran ekuiti utama dunia menyaksikan penjualan terbesar dalam tempoh 2 tahun apabila data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) mencanak di luar jangkaan.

Perkembangan memberangsangkan pada bacaan bulanan data CPI, naik pada 0.1% daripada unjuran -0.1% bulanan, mengembalikan pengukuhan pada dolar yang seterusnya mematahkan rali keuntungan 4 hari berturut-turut di pasaran saham sebelum ini.

Rentetan daripada itu, kebimbangan pelabur mengenai pelaksanaan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif oleh Federal Reserve (Fed) kembali dan mencemarkan keyakinan terhadap aset berisiko seperti saham.

Melihat carta indeks di AS, Dow Jones Industrial jatuh 3.94% pada 31,104.97 sementara S&P 500 turun 4.32% pada 3,932.69 dan Nasdaq Composite susut 5.16% pada 11,633.57.

Kerugian yang dialami Wall Street tersebut adalah penurunan harian terbesar sejak Jun 2020 yang dijelaskan Terry Sandven dari US Bank Wealth Management bahawa ia memberi gambaran jelas prospek kadar faedah Fed dalam membendung inflasi.

Secara keseluruhan indeks MSCI saham seluruh dunia junam 3.39%, kejatuhan terbesar sejak 13 Jun.

Di rantau Asia pula Nikkei 225 Jepun turun 2.8%, Topix jatuh 2.19%, Kospi Korea Selatan hilang 2.58% dan Kosdaq susut 2.66%.

Indeks S&P/ASX 200 junam 2.47% sementara tolok meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun gugur 1.16%.

Ringkasan mata wang memperlihatkan indeks dolar mengukuh 1.534% dengan Euro turun 1.46% pada $0.9971, Yen Jepun jatuh 1.17% pada ¥144.52, Pound susut 1.54% pada $1.1499.

Seiring dengan kenaikan tersebut hasil Perbendaharaan AS turut mengalami peningkatan, menyalakan lampu amaran kemelesetan apabila penyongsangan keluk hasil melebar selepas CPI mengatasi jangkaan pelabur bon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat