Perlu Berhati-Hati Dalam Mengubah Komunikasi ECB Bulan Depan – Minit

48

Pembuat polisi ECB harus menggunakan kenyataan yang berhati-hati sebelum memberikan panduan atau komen perubahan polisi, seperti yang dinyatakan dalam minit mesyuarat ECB 27 April lalu.

Pendirian ini menunjukkan pembuat polisi masih ragu-ragu untuk membuat perubahan yang signifikan pada mesyuarat 8 Jun.

“Komunikasi antara ECB haruslah diubah dalam keadaan yang begitu beransur-ansur dan berhati-hati di mana keadaan monetari dan kewangan adalah sangat sensitif kepada perubahan dalam komunikasi,” kata ECB dalam minit tersebut.

Dalam mesyuarat bulan lalu, ECB menyatakan bahawa risiko terus berkurang, tetapi Draghi masih mengekalkan pendirian dovish yang sudah lama digunakan walaupun ekonomi ketika ini sedang dalam keadaan terbaik sejak 10 tahu lalu.

“Selepas tempoh yang lama dalam akomodasi polisi monetari, perubahan yang sedikit dalam komunikasi ECB akan memberi kesan yang kuat apabila ia dianggap sebagai perubahan polisi monetari,” kata minit tersebut.

Pasaran ketika ini menjangka pembuat polisi menyatakan risiko pertumbuhan kini seimbang bulan depan tetapi ECB dijangka akan mengekalkan tambahan kepada pelonggaran polisi jika perlu seperti menurunkan kadar atau menambah pembelian bon.

“Sebarang perubahan dalam komunikasi memerlukan bukti bahawa aktiviti ekonomi yang semakin pantas dan juga data-data ekonomi bagi pengukuhan inflasi,” kata ketua penganalisis ekonomi Peter Praet dalam minit tersebut.

Selain daripada risiko kepada pertumbuhan, ahli ECB juga menyatakan ketidaktentuan terhadap polisi US, keluarnya Britain dari Kesatuan Eropah dan China harus terus diteliti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat