Permainan ‘Geng Paus’ Semakin Agresif, Andreessen Horowitz Sedia Labur $2.2 Bilion Dalam Kripto!

2,938

Harga Bitcoin pada ketika ini sedang mencuba untuk menguji paras halangan $37,000, namun percubaan tersebut gagal kerana gagal melepasi paras $34,500 untuk percubaan kali kedua.

Baru-baru harga BTC telah jatuh ke paras rendah pada $28,600 seunit berikutan sentimen negatif yang bertalu-talu terutamanya datang dari China. Bitcoin mengalami fasa diskaun besar-besar, perkara ini dilihat sebagai satu peluang terutama dalam kalangan kelompok ‘ikan paus’ untuk menambahkan pegangan Bitcoin.

Laporan terkini pada hari Khamis menunjukkan bahawa kapitalis Andreessen Horowitz yang merupakan firma modal teroka mengumumkan pelancaran dana baru bernilai $ 2.2 bilion yang akkan digunakan untuk melabur  ke dalam pasaran kripto.

Langkah itu merupakan langkah susulan selepas media berkali melaporkan bahawa firma tersebut telah menunjukkan minat terhadap kripto dan telah melabur dalam aset kripto sejak 2013. Laporan sebelum ini juga melaporkan bahawa firma tersebut sedang mengumpulkan dana sebanyak $ 1 bilion untuk melabur dalam mata wang kripto.

Andreessen Horowitz berpendapat bahawa gelombang inovasi pengkomputeran seterusnya akan didorong oleh kripto. Pasaran kripto pada tahun ini telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat gergasi seperti BNY Mellon, BlackRock Inc, Mastercard Inc dan Visa. Dimana kripto akan menjadi bahagian dalam portfolio pelaburan mereka.

Tomicah Tillemann, yang bertugas sebagai penasihat kanan kepada Presiden A.S. Joseph Biden dan dua Setiausaha Negara dan merupakan ketua Majlis Perniagaan Blockchain Global, akan bergabung sebagai ketua polisi global, kata Andreessen Horowitz. Brent McIntosh, yang bertugas sebagai setiausaha Perbendaharaan bagi Hal Ehwal Antarabangsa dan menyelaraskan gerak kerja G7 mengenai kripto juga akan bergabung sebagai rakan penasihat.

Harga BTC kini didagangkan pada paras harga $33,986.63 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat