Permintaan Bon Kerajaan US Meningkat Dalam Persekitaran Berisiko Minggu Ini

38

Hasil bon naik mendadak sejak pilihanraya Presiden US November lepas berikutan spekulasi Donald Trump akan membawa lonjakan ekonomi kepada Amerika Syarikat sekaligus menaikkan inflasi di negara ini. Hasil bon 10-tahun US yang menjadi rujukan pasaran mencapai paras tertinggi 2.64% pada pertengahan Mac, tetapi jatuh secara beransur-ansur sejak pentadbiran Trump gagal melepasi Kongres untuk membuat polisi-polisi baru yang dijanjikan beliau.

Pada Selasa hasil bon 10-tahun US ini jatuh ke paras terendah 2.13% yang kali terakhir dilihat pada 10 November lalu, dua hari selepas pilihanraya US. Manakala hasil bon 30-tahun jatuh ke paras 2.79%.

Kejatuhan hasil bon US ini adalah berikutan permintaan tinggi daripada pasaran dengan risiko-risiko politik yang mampu memberi kesan besar kepada pasaran minggu ini termasuk pilihanraya UK, penetapan kadar ECB dan kenyataan James Comey di depan Senat pada Khamis.

Selain itu, antara aset safe-haven yang mendapat permintaan tinggi adalah Yen dan emas. Yen seperti yang kita tahu menguat dengan Usd/Jpy kini jatuh melebihi 230 pip sejak Jumaat lalu dan kini didagang di sekitar 109.34.

Manakala emas melonjak ke paras tertinggi dan hampir mencapai paras tertinggi dua bulan lalu. Kini emas berada di sekitar 1293.40.Kejatuhan US dolar menyokong logam-logam berharga dan menjadi pemangkin kepada logam seperti emas. Indeks US dolar kini berada di sekitar 96.55 masih tertekan sejak 6 sesi dagangan lepas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat