Permintaan Sarung Tangan Getah Dijangka Meningkat 5-8%

244

Affin Hwang Capital Research memilih untuk bersikap optimis terhadap sektor sarung tangan getah yang dilihat masih kukuh di pasaran sepanjang tempoh dua minggu dengan peningkatan sebanyak 32% walaupun harga saham meningkat.

Permintaan yang tinggi ke atas sarung tangan getah menunjukkan tanda positif apabila terdapat pengilang yang sudah mula menerima tempahan bagi bekalan awal setahun dengan bayaran deposit sebanyak 20%.

Affin Hwang berpendapat bahawa permintaan kukuh daripada pihak luar telah membuka peluang kepada pengilang untuk menaikkan harga jualan yang mana dijangkakan akan meningkat melebihi jangkaan mereka sebelum ini iaitu 1-2% setiap bulan kepada 5-8% setiap bulan bermula Jun.

Kapasiti pengeluaran pada 2020 dijangka meningkat 10-12%. Manakala bagi 2021 dijangkakan meningkat sekadar 3-5% memandangkan mereka meramalkan akan berlaku kekurangan pengeluaran sarung tangan getah susulan daripada keadaan wabak yang tidak seteruk berbanding pada masa ini.

Buat masa sekarang, tiada rekod negatif dijangkakan akan berlaku bagi keuntungan yang diraih oleh syarikat sarung tangan getah bagi tempoh beberapa suku akan datang memandangkan permintaan tinggi ketika ini telah membantu sektor untuk kukuh dalam jangka masa yang panjang.

Affin Hwang juga akan lebih menfokuskan kepada sektor sarung tangan getah memandangkan sektor ini menjadi perhatian seluruh dunia buat masa ini. Malah, mereka mengharapkan sektor tersebut akan meraih perolehan pendapatan pada 2020.

Top Glove Corp Bhd dan Kossan Rubber Industries Bhd kekal kukuh sebagai pilihan utama bagi sektor dan negara dengan harga sasaran tinggi masing-masing berjumlah RM 12.60 (daripada RM8.70) dan RM8.50 (daripada RM7).

Manakala nilai bagi Hartalega Holding Bhd telah meningkat dengan sasaran harga yang tinggi iaitu RM10.20 daripada RM7.70.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat