Permintaan Terhadap ‘Stablecoin’ Meningkat, ECB Beri Amaran Agar Pelabur Berhati-Hati!

280

Bank Pusat Eropah telah memberi amaran kepada masyarakat global mengenai risiko yang bakal ditanggung oleh para pelabur matawang crypto stablecoin.

Sesuai dengan istilah “bank run” dalam sistem kewangan tradisional, hal yang sama boleh menimpa matawang crypto stablecoin sekiranya pengguna akhir kehilangan kepercayaan terhadap rangkaiannya. Dalam kewangan tradisional, “bank run” berlaku apabila sebilangan besar pelanggan mengeluarkan deposit mereka secara serentak kerana jatuhnya kepercayaan terhadap bank. Ini dapat menyebabkan bank gagal kerana tidak dapat membayar semua hutang-hutang akibat penarikan wang tunai secara bersamaan dan tiba-tiba.

ECB terus memberi amaran bahawa beberapa bahagian daripada pengaturan stablecoin berkemungkinan berhenti berfungsi sebagaimana kehendak asal seperti yang pernah berlaku dalam matawang traditional pada tahun 2007 iaitu pada krisis kewangan global.

Bank pusat mengatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan stablecoin run dalam stablecoin. Antara pencetus utama adalah berlakunya serangan ke atas sistem atau kecurian wallet crypto serta keraguan pelanggan terhadap nilai stablecoin.

Stablecoin run juga boleh berlaku disebabkan pengaturan stablecoin menjanjikan nilai tetap untuk stablecoin. Dalam kes ini, penerbit stablecoin harus bertanggungjawab untuk menanggung semua kerugian yang timbul dari pelaburan, termasuk kerugian dari turun naik kadar pertukaran

Stablecoin dijangka akan berkembang secara besar-besaran pada tahun 2020 dan boleh menjadi kejutan besar dalam komuniti crypto

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat