Permulaan 2022 Yang Lemah Bursa Malaysia Angkara Omicron

185

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kehilangan 17.77 mata pada 1,549.76 daripada penutupan Jumaat pada 1,567.53.

Indeks dibuka 13.89 mata pada 1,553.64.

Ia dibuka rendah pada permulaan tahun 2022 apabila sentimen pasaran berkenaan kebimbangan varian Omicron meningkat semasa musim pengambilan untung baru-baru ini.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 146 berbanding 121, manakala 217 kaunter pula tidak berubah, 1,790 tidak didagangkan dan 15 digantung.

Jumlah perolehan pada 117.54 juta unit bernilai RM40.03 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan ekoran tahun dagangan yang kurang menentu, Bursa akan bergerak ke arah sektor bertemakan pemulihan sebagai tumpuan utamanya dan ditambah lagi dengan sentimen kebimbangan terhadap kenaikan kes melibatkan varian Omicron.

Walau bagaimanapun, pemain pasaran tidak perlu bimbang kerana pada Isnin mereka akan dapat pulangan duti setem dagangan saham namun dihadkan kepada RM1,000 sahaja.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd masing-masing susut 2 sen pada RM8.28 dan RM5.43, Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) jatuh 3 sen pada RM8.89, IHH Healthcare Bhd hilang 36 sen pada RM6.98 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kurang 4 sen pada RM9.30 dan Public Bank Bhd kekal pada RM4.16.

Saham aktif memperlihatkan SMTrack Bhd dan NWP holdings Bhd tambah 0.5 sen pada 19.5 sen dan 25 sen sementara Kejuruteraan Asastera Bhd, DGB Asia Bhd dan Pasukhas Group Bhd kekal pada 25.5 sen, 3 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas Shariah susut 140.68 mata pada 12,122.42, indeks FBM Emas turun 88.27 mata pada 11,220.52, FBM 70 turun 6.14 mata pada 14,203.81 dan indeks FBMT 100 menguncup 97.36 mata pada 10,917.77.

Sementara itu, FBM ACE naik 24.44 mata pada 6,444.04.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.55 mata pada 202.16, indeks Perladangan bertambah 0.78 mata pada 6,552.89 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 19.9 mata pada 15,545.73.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat