Pernah Berhenti Sekolah Dan Jual Kad Sim, Kini Berjaya Cipta Nama Dalam Forex Trading!

1,329

Refiloe Nkele atau lebih dikenali sebagai Ref Wayne merupakan seorang pemuda berusia 25 tahun yang dilahirkan di Meadowlands, Soweto, Afrika Selatan. Beliau mula dikenali sebagai salah seorang multi millionaire forex trading di negara berkenaan ketika baru berusia 22 tahun!

Seperti figura hebat yang lain, Ref juga berhadapan dengan pelbagai cabaran sebelum berjaya mencipta nama. Ketika berada di sekolah menengah, beliau sangat meminati bidang pelaburan. Selain itu, Ref adalah seorang pelajar yang sangat pintar dan menggemari bidang Neurosains, psikologi dan fizik.

Malangnya, beliau terpaksa berhenti belajar pada tahun 2011 gara-gara masalah kewangan yang dihadapi. Sehubungan dengan itu, beliau terpaksa menjual kad sim di jalanan bagi menampung kehidupannya. Melalui pekerjaannya itu, beliau telah berjumpa dengan Mr. Schwartz iaitu salah seorang jutawan forex.

Pada ketika itu, Ref telah didedahkan dengan forex trading. Sejak daripada itu, beliau mula menghabiskan masanya untuk mengkaji dan mempelajari tentang dunia forex dengan lebih mendalam.

Berbekalkan keazaman yang kuat untuk meneruskan pengajiannya, beliau berusaha dengan gigih hingga berjaya mencipta nama dalam bidang forex trading. Di samping itu, beliau turut meminati bidang komputer. Berdasarkan pengalaman dan minatnya, beliau telah berjaya memperoleh keuntungan sebanyak $1 juta ketika umurnya mencecah 19 tahun!

Seterusnya, Ref menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai African Foreign Exchange pada Januari 2014 dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif di sana. Syarikat yang diasaskannya itu bertujuan untuk mendedahkan alternatif berkesan bagi menjana pendapatan hanya dari rumah. Selain itu, ianya turut mendorong golongan muda untuk menceburi bidang forex trading serta mengurangkan kadar kemiskinan di Afrika Selatan.

Di samping itu, beliau juga menjalinkan kerjasama dengan beberapa orang pemaju berbakat dalam penghasilan perisian berteknologi tinggi untuk kegunaan forex trader dan merupakan salah sebuah platform dagangan yang paling cekap digunakan di seluruh dunia. Bukan itu sahaja! Ref juga melancarkan mata wang digital pertama di Afrika Selatan yang dinamakan sebagai Pip Coin.

Berdasarkan pencapaian kejayaannya, Ref telah menjadi salah seorang speaker terkenal yang berkongsi pengetahuannya tentang forex trading kepada lebih 80,000 orang di Afrika Selatan pada setiap tahun. Tambahan daripada itu, beliau melancarkan hasil penulisannya sendiri yang berjudul ‘The Art of Trading’.

Pada penghujung tahun 2019, beliau melancarkan sebuah aplikasi forex trading yang dikenali sebagai ForexAmg. Dengan aplikasi berkenaan, orang ramai dapat menerima setup dan idea trading bahkan ianya merupakan peluang keemasan buat mereka untuk menyertai program latihan forex yang mampu mengubah kehidupan merangkumi ilmu forex trading, pengurusan kewangan dan pelaburan.

Selain itu, Ref menyatakan bahawa aplikasi tersebut juga mampu untuk membantu beribu-ribu individu bebas daripada hutang dan memperoleh kekayaan meskipun berada dalam sistem ekonomi negara yang sedang jatuh.

Nak belajar bagaimana untuk  trade forex? Jom dapatkan buku Panduan Lengkap Mula Trade Forex! 

Anda mungkin juga berminat