Pernah Didakwa Mengintip Pemimpin Jerman, China Tuduh A.S Hipokrit!

223

China mendakwa Amerika Syarikat sebagai pilih kasih terhadap kritikannya ke atas syarikat telekomunikasi gergasinya, Huawei Technologies, dengan mencetuskan semula tuduhan lampau A.S yang mengintip Canselor Jerman, Angela Merkel.

Sebelum ini, A.S mendakwa Huawei sebagai ancaman kepada keselamatan negara dan peralatan rangkaiannya boleh digunakan oleh Beijing untuk mengintip rakyat Amerika. Bagaimanapun, tuduhan itu telah dinafikan berulang kali oleh Huawei.

Pada Ahad, duta besar A.S di Jerman, Richard Grenell memberitahu bahawa Presiden Donald Trump mengarahkannya untuk menjelaskan bahawa mana-mana negara yang memilih untuk menggunakan vendor 5G yang tidak boleh dipercayai, ia boleh mempengaruhi keupayaan A.S untuk berkongsi maklumat dan perisikan pada tahap tertinggi.

Ancaman untuk menarik balik perkongsian risikan sering digunakan A.S kepada rakan dagangnya yang lain untuk menghalang penggunaan teknologi Huawei yang lebih luas dalam rangkaian telekomunikasi di seluruh dunia.

Bagi membalas kenyataan Grenell, jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying pula menuduh A.S sebagai hipokrit dengan membangkitkan kembali isu tuduhan ke atas A.S yang didakwa telah mengintip telefon bimbit Canselor Merkel.

Pada 2013, satu rangkaian media Jerman, Der Spiegel melaporkan dokumen yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan A.S (NSA) mendedahkan bahawa agensi itu didapati telah mengintip pemimpin tersebut.

Walau bagaimanapun, tuduhan itu kemudiannya terpaksa dibatalkan kerana kekurangan bukti untuk dikemukakan di mahkamah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat