Persaingan Calon Presiden Perancis Semakin Sengit

85

Pilihanraya Presiden Perancis semakin sengit berbanding sebelum ini dengan tinggal lagi sembilan hari sehingga pengundian sebenar. Ia semakin sengit pada Jumaat di mana tinjauan pendapat meletakkan empat calon hanya terpisah dengan tiga mata sahaja.

Pilihanraya ini akan diadakan dua kali dengan pemilihan pusingan pertama akan berlangsung pada 23 April. Dua calon yang mendapat undian tertinggi dari pusingan pertama akan diundi semula dalam pusingan kedua yang berlangsung pada 7 May.

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Ipsos-Sopra Steria, persaingan antara centrist Emmanuel Macron dan Marine Le Pen semakin sengit dengan kedua-duanya mendapat undian 22 peratus. Manakala Melenchon dan Fillon diundi sebanyak 20 dan 19 peratus.

Ini menunjukkan undian pusingan kedua dijangka akan mempertemukan Le Pen dan Macron, satu senario yang konsisten dengan beberapa tinjauan lain yang pernah dibuat sebelum ini.

Tinjaun yang lain juga menunjukkan persaingan pusingan pertama semakin sengit dengan dua pemimpin yang mendahului kehilangan sedikit sokongan di mana undian kepada Melenchon semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat