Persaingan Semakin Sengit : TNB Bakal Tamatkan Monopoli Telekom Malaysia

0 8,042

Tenaga Nasional Berhad (TNB) penyedia perkhidmatan elektrik utama negara merancang untuk memasuki pasaran penyediaan rangkaian broadband yang ketika ini didominasi oleh Telekom Malaysia (TM).

Untuk permulaan, TNB akan menjalankan percubaan untuk projek ini di Melaka dengan menggunakan rangkaian fiber optik sedia ada.

Kemasukan TNB secara menyeluruh dijangka akan menamatkan monopoli yang dipegang oleh TM selama ini dengan membawa persaingan sengit dalam penyediaan akses kepada internet.

Menurut pemerhati industri, kejayaan TNB akan menyebabkan lebih banyak pemain pasaran memasuki pasaran penyedia perkhidmatan broadband dan akan meningkatkan persaingan seterusnya menurunkan harga pakej internet yang ada pada hari ini.

Kelebihan yang ada pada TNB adalah ia mempunyai rangkaian fiber optik yang meluas sepanjang 12,000 km. Selain itu, ia juga mempunyai akses kepada lapan juta pelanggan sedia ada.

Projek ini akan dimulakan di Jasin Melaka pada bulan ini bagi menilai aspek teknikal, keselamatan, dan komersial dalam penggunaan infrastruktur elektrik. Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie berkata projek ini akan menambah kepantasan sambungan rangkaian dengan harga lebih murah di samping akses yang lebih meluas.

Kata beliau, projek ini akan selesai pada akhir tahun 2018 yang melibatkan 1,100 daripada 4,300 rumah di Taman Merbau, Taman Maju dan Felda Kemendor.

Penduduk akan mendapat akses internet melalui fiber optik yang merupakan sebahagian daripada  rangkaian komunikasi sedia ada TNB.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa