Persediaan 2023, Bank Pusat Turki Sedang Uji CBDC Mereka!

116

Turki pun dah mula uji CBDC mereka, agak-agak lepas ni siapa pula akan menyusul?”

Sebagai sebahagian daripada fasa percubaan untuk mata wang digital bank pusat (CBDC), Bank Pusat Turki buat pertama kali berjaya membuat transaksi pembayaran melalui Rangkaian Lira Turki.

Bank tersebut bakal meneruskan ujian CBDC dalam tempoh tiga bulan pertama 2023 agar dapat wujudkan penggunaan teknologi lejar dan penyepaduan teknologi melalui sistem pembayaran yang pantas.

Selain daripada itu, Bank Turki berhasrat kembangkan Platform Digital Turkish Lira Collaboration untuk menyertakan beberapa bank terpilih dan perniagaan teknologi kewangan bersandarkan fasa yang lebih efektif.

Suka dimaklumkan juga bahawa pada tahun 2023, bank tersebut akan lebih mengutamakan kajian mengenai rangka kerja ekonomi serta undang-undang Digital turkish Liga sebagai salah satu tambahan kepada keperluan teknologinya.

Sementara Bank Pusat Eropah kini sedang berada adalam proses untuk menggabungkan teknologi decentralized ledger ke dalam sistem pembayarannya.

Hal ini berana Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) sebelum ini pernah mengeluarkan laporan berkenaan kelebihan dan kelemahan CBDC.

Pada sisi berbeza, Kazakstan, Jepun, Indonesia dan India merupakan antara negara yang mendalami serta meneroka CBDC yang disokong oleh bank pusat masing-masing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat