Persidangan G-20 : Ini 3 Perkara Penting Para Pelabur Perlu Tahu!

316

Pada 28 Jun ini, Presiden US, Trump dan Presiden China, Xi bakal bersidang dalam persidangan G-20 yang akan diadakan di Jepun.

Ini 3 perkara para pelabur perlu catat berkenaan persidangan 2 hari yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pertama, berdasarkan laporan terkini, presiden Trump mezahirkan pandangan yang optimis terhadap persidangan ini. Trump mengkhabarkan bahawa beliau dan Xi mempunyai hubungan yang baik dan percaya persidangan kali ini akan mencapai kata putus.

Kedua, jika persidangan ini berlangsung tanpa sebarang persetujuan maka Trump berkemungkinan akan meneruskan ancaman dengan mengenakan tarif baru yang berjumlah $300 billion.

Disisi lain, China juga telah menetapkan tarif sebanyak $110 billion ke atas barangan US dan mengancam untuk meneruskannya.

Ketiga, sejumlah syarikat US telah tampil kehadapan menyuarakan kerprihatinan mereka terhadap kesan tarif terhadap syarikat-syarikat US.

Berdasarkan kenyataan Trump, tarif terbaru akan menggalakan mereka memindahkan kilang pemasangan ke luar China. Walaubagaimanapun, kebanyakkan syarikat tidak bersetuju dengan kenyataan Trump.

Beberapa syarikat yang membantah pengenaah tarif keatas barangan teknologi adalah Best Buy, iRobot dan Roku.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat