Persoalan Dari 2 Bank Pusat Utama Dunia Terjawab!

44

US Dollar meningkat pada hari Selasa menjelang pilihanraya presiden yang semakin hampir. Namun, kontroversi terhadap e-mel peribadi Clinton kekal menganggu pergerakan matawang ini.

Sementara itu, kedua-dua Bank of Japan dan Reserved Bank of Australia mengekalkan kadar seperti mana yang telah dijangka sebelum ini. Keputusan ini hanya memberi impak kecil buat matawang yen, manakala melonjakkan Aussie ke tahap yang lebih tinggi.

Aussie meningkat sebanyak 0.5% selepas bank pusat mengekalkan kadar tunai tidak berganjak pada tahap 1.5 peratus.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Ekonomi Australia semakin pulih dan dijangka berkembang sehingga awal tahun depan berikutan langkah pemotongan kadar Mei dan Ogos lalu.

Di Jepun, Bank of Japan juga dikatakan tidak mengambil sebarang langkah tambahan walaupun telah memotong ramalan inflasi. Kebanyakan pelabur juga masih menanti sidang media selepas mesyuarat BoJ oleh Gabenor Haruhiko Kuroda petang ini.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

US Dollar didagang sederhana dalam sesi ini selepas tergelincir sebelum ini akibat isu e-emel Clinton yang disebut-sebut sebagai bakal memenangi kerusi presiden tersebut.

Dalam sesi ini juga, matawang Euro menyusut sedikit berbanding Dollar.

Sterling juga dicatat melemah. Namun komen Mark Carney yang dikatakan ingin kekal dalam gerak kerja ekonomi Britain telah menyokong kekuatan matawang tersebut.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat