Pertukaran Kripto Turki Larikan Dana? – Berbilion Dolar Tersekat!

3,444

Pertukaran kripto Turki Thodex dilaporkan secara tiba-tiba mula menghantikan dagangan bermula pagi ini tanpa memberikan sebarang notis, menyebabkan dana 391,000 pelabur terkunci.

Pertukaran kripto yang beroperasi sejak 2017 pada hari ini telah berkongsi kenyataan di Twitter yang menyatakan disebabkan masalah tertentu maka penangguhan perdagangan selama 4-5 hari diperlukan.

Walaubagaimanapun ramai yang skeptikal dengan kenyataan tersebut. Oğuz Evren Kılıç, yang merupakan seorang peguam di ibu negara Turki, Ankara mengatakan ia mungkin satu ‘penipuan’. Beliau juga menfailkan aduan undang-undang terhadap pertukaran kripto itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Thodex Faruk Fatih Özer juga dilaporkan meninggalkan negara it pada malam semalam berdasarkan rekod polis yang dikongsi dengan Kılıç,dan memadamkan akaun media sosialnya. Bukan itu sahaja, syarikat pertukaran itu juga telah memotong semua sokongan pelanggan.

Kılıç menganggarkan jumlah dana yang terkunci di akaun Thodex berada di antara $ 2-10 bilion. Pada 15 Mac sehingga 15 April, pertukaran kripto tersebut telah menjalankan kempen pemasaran yang sangat berjaya, memberi penghargaan kepada setiap pendaftaran baru dengan 150 DOGE. Ribuan pengguna baru dilaporkan masuk ke bursa pertukaran itu sehingga jumlah dagangannya pada hari Sabtu mencapai rekod harian $ 1.37 bilion.

Walaubagaimanapun, perkara yang menghairankan Thodex menjual DOGE dengan harga tetap $ 0.11 dari 14 April namun nilaian DOGE bernilai $ 0.42 pada 16 April. Selain itu, sejak kebelakangan, pelabur kripto hanya boleh membeli kripto tetapi tidak boleh menjualnya.

Jumaat lalu, kerajaan Turki mengiktiraf aset kripto secara sah tetapi melarang pembayaran kripto. Ia juga melarang syarikat fintech berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan kripto. Setakat ini kerajaan Turki belum membuat kenyataan umum mengenai kejadian yang berlaku di Thodex.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat