Pertumbuhan Ekonomi Amerika Syarikat Positif, Inflasi Masih Sederhana

260

Pertumbuhan ekonomi U.S berkembang daripada kadar perlahan kepada kadar sederhana sejak beberapa minggu ini, walaupun pertumbuhan kadar upah dan inflasi masih lagi perlahan.

Berdasarkan laporan ekonomi Beige Book, menunjukkan pertumbuhan kadar upah terus melemah, namun tekanan harga (price pressure) kekal stabil. Hal ini menyebabkan jangkaan terhadap pasaran buruh yang ketat iaitu menghampiri guna tenaga penuh (full-employment) akan melonjakkan inflasi, meleset daripada jangkaan.

Berdasarkan laporan “pasaran buruh digambarkan sebagai pasaran buruh yang ketat,” namun, walaupun pasaran buruh semakin ketat, majoriti laporan cawangan Fed melaporkan kenaikan kadar gaji yang berubah dari perlahan kepada sederhana”.

Laporan terkini, harga teras perbelanjaan penggunaan (core-PCE) yang merupakan indikator inflasi keutamaan The Fed hanya berada pada paras 1.3% secara tahunan pada bulan September. Kadar ini jauh dari paras sasaran inflasi Fed yang mensasarkan kadar 2%.

Namun pada awal minggu ini, Janet Yellen berpendapat ekonomi U.S yang masih lagi kukuh dan pasaran buruh yang positif mendukung peningkatan kadar faedah secara beransur-ansur.

Indek US dolar jatuh sebanyak 0.13% iaitu kepada bacaan 93.17 dan hasil bon 10-tahun U.S juga jatuh sebanyak 0.68% kepada 2.323.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat