Pertumbuhan Ekonomi Dinilai Semula Kukuh! Namun Kenapa Pakar Eknomi Kurang Optimis?

273

Ekonomi Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan mencatat pertumbuhan pada suku ketiga yang didorong oleh bantuan pandemik Covid-19 lebih dari $3 trilion. Walaubagaimanapun, menurut pentadbiran A.S pada hari Selasa, ekonomi A.S telah mula kehilangan momentum ini berikutan kes Covid-19 yang kembali melonjak naik dan rangsangan fiskal yang semakin berkurangan.

Amerika Syarikat sedang dihimpit dengan masalah peningkatan semula kes Covid-19 dengan lebih daripada 17.78 juta orang dijangkiti pandemik Covid-19 dan lebih dari 317.800 menemui kematian.

Pemerintah negeri dan daerah telah mengambil langkah drastik seperti sekatan terhadap perniagaan yang membawa kepada pengurangan perbelanjaan pengguna dan pemberhentian pekerja. Keadaan bertambah buruk apabila terdapat penangguhan dalam pakej tambahan rangasangan Covid-19

Menurut Chris Rupkey, ketua ekonomi MUFG di New York, pertumbuhan yang dikecapi pada suku ketiga tidak akan cukup untuk mendorong ekonomi dengan lebih rancak pada musim sejuk. Tambah beliau, satu-satunya berita baik ialah keuntungan korporat pulih dengan lebih cepat dari jangkaan.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan, GDP suku ketiga melonjak pada kadar tahunan 33.4%. Angka ini disemak kembali daripada angka awal yang dilaporkan sebelum ini pada kadar 33.1%.

Ekonomi A.S telah menguncup pada 31.4% pada suku kedua iaitu antara bulan April sehingga Jun.

Pada hari ini, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat akhirnya meluluskan pakej bantuan coronavirus bernilai $900 bilion sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membantu menyokong ekonomi dan rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Walaupun begitu, pakar ekonomi berpandangan bahawa perkara tersebut tidak mencukupi dan agak terlambat. Tambahan pula pakej tersebut tidak menyeluruh.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat