Pertumbuhan EKonomi Q4 Jepun Di Bawah Jangkaan 0.3%

148

Ekonomi Jepun berkembang dalam kadar sederhana pada suku keempat 2016 walaupun kadar pertumbuhan kali ini memberi isyarat ekonomi Jepun yang sedang bergelut dengan deflasi dan kelemahan permintaan domestik.

Keluaran dalam negara kasar (GDP) berkembang 0.2% dalam tempoh Oktober-Disember dan bertumbuh satu peratus secara tahunan. Catatan kali ini diikuti dari suku ketiga yang merekodkan pertumbuhan 0.3%. Penganalisis menjangkakan bacaan kali ini mencatat pertumbuhan 0.3%.

Dengan kenaikan ini, ekonomi Jepun telah berkembang dalam semua suku tahunan 2016, walaupun kadar pertumbuhan yang semakin perlahan juga dicatatkan dalam tempoh itu. Data pekerjaan dan sektor pembuatan baru-baru ini menunjukkan ekonomi yang semakin baik secara berperingkat walaupun masih ada kebimbangan dalam perdagangan antarabangsa.

Penganalisis telah menjangkakan potensi keretakan hubungan antara Abe-Trump selepas Trump dipilih sebagai Presiden US. Sebelum ini Presiden Trump telah mengeluarkan US dari perjanjian TPPA yang disokong kuat oleh Jepun. Disebabkan itu, Jepun perlu mencari jalan lain untuk menguatkan perdagangan dalam ekonominya.

Pada Disember, kerajaan Jepun melonjakkan jangkaan ekonominya buat kali pertama sejak Mac 2015 yang disokong oleh kelemahan Yen dan rangsangan kerajaan Jepun yang berterusan.

Bank of Japan (BoJ) pula masih lagi dalam keadaan ‘tunggu dan lihat’ sejak membuat perubahan polisi September lepas. Inflasi pengguna juga telah menunjukkan isyarat semakin baik, tetapi harga-teras (core price) masih lagi susut. BoJ ketika ini sukar untuk memperlahankan rangsangan monetari sedia ada.

Yen melemah sejurus data ini dikeluarkan dengan Usd/Jpy menguat ke paras tertinggi hari ini di 114.17.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat