Pertumbuhan Ekonomi UK Akan Bertumbuh Lebih Perlahan Jika Tiada Jaminan Dalam Perjanjian Brexit

56

Pada hari Ahad, Gabenor Bank of England (BoE) Mark Carney membuat kenyataan bahawa ekonomi UK akan bertumbuh lebih perlahan dalam jangka pendek jika negara tersebut gagal menjamin kesepakatan perdagangan masa hadapan dengan Kesatuan Eropah selepas Brexit.

Dalam sebuah wawancara dengan televisyen ITV, Mark Carney ditanya adakah ekonomi UK akan terkesan jika tiada kesepakatan Brexit?

Menurut Carney, “Ketika ini dalam jangka masa pendek, tak diragukan lagi, ekonomi akan menghadapi waktu yang sukar dan pertumbuhan ekonomi mungkin perlahan atau terbantut, jika UK kekurangan akses barangan daripada kesatuan Eropah.

Namun menurut Carney, pelaburan perniagaan UK seharusnya berkembang sekarang jika berdasarkan pengukuhan ekonomi dunia dan faktor lain.

Pada Khamis lepas, BoE buat pertama kali meningkatkan kadar faedah buat pertama kali sejak 2007, namun matawang sterling menyusut banyak, salah satunya disebabkan bank pusat menjangka akan meningkatkan kadar faedah secara bertahap.

Ekonomi UK bertumbuh dengan perlahan sejak undian Brexit 2016, tetapi BoE membuat keputusan untuk meningkatkan kadar faedah dengan jangkaan bahawa melalui Brexit, tekanan inflasi akan lebih besar berikutan migrasi yang rendah dan pelaburan yang perlahan.

Lanjut Carney jika, perjanjian Brexit ini berakhir dengan buruk, BoE kemungkinan tidak dapat menurunkan kadar faedah pada masa hadapan disebabkan tekanan inflasi.

Namun beberapa pendukung referendum yang menyokong UK meninggalkan kesatuan Eropah tersebut membantah kenyataan Carney yang memberi komentar bahawa Brexit akan menghasilkan kesan yang buruk pada ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat