Pertumbuhan Ekonomi US Mengekalkan Sentimen Positif US dolar

44

US mencatatakan peningkatan pertumbuhan ekonomi sebanyak 3.5% dalam data yang dikeluarkan sebentar tadi berbanding catatan sebelum ini iaitu peningkatan 3.2%. Bacaan hari ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis 3.3%.

Ini merupakan bacaan pertumbuhan ekonomi tertinggi sejak suku ketiga 2014 yang meningkat dari 1.4% pada suku kedua yang akan meningkatkan lagi keyakinan dalam ekonomi US.

Perbelanjaan peribadi yang dikaji semula meningkat 3.0% dari bacaan sebelum ini 2.8%.

Jumlah pelaburan pula meningkat 3.0% berbanding pada suku sebelum ini yang memncatatkan penyusutan sebanyak 7.9%. Dalam data perbelanjaan modal (pelaburan), peningkatan juga turut dicatatkan dalam pelaburan luar negeri sebanyak 1.4%.

Terdapat juga perubahan yang signifikan kepada komponen perdagangan yang memberikan sumbangan positif kali ini di mana perbelanjaan kerajaan pula meningkat kepada 0.8% dari 0.2%. Indeks KDNK (GDP) tidak berubah dari bacaan sebelum ini iaitu 1.4%.

Data ini secara keseluruhan akan mengekalkan jangkaan positif ekonomi US dan akan membantu mengekalkan sentimen positif dalam jangka masa pendek.

US dolar menguat sejurus data dikeluarkan dengan Usd/Jpy bergerak dari 117.70 ke paras 117.85. Walaubagaimanapun, Usd/Jpy ketika ini berada di 117.56 semasa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat