Pertumbuhan Ekonomi Zon-Eropah Meningkat 0.5% Pada Suku Ke-Empat

32

Pertumbuhan ekonomi Zon-Eropah mencatatkan kenaikan 0.5% dari bacaan 0.4% yang dicatatkan pada suku ketiga. Jangkaan pasaran bagi data hari ini ialah kenaikan 0.4%.

Bacaan kali ini adalah yang tertinggi sejak suku pertama 2016.

Pertumbuhan dari tahun ke tahun meningkat 1.8% lebih sesikit dari jangkaan pasaran 1.7% dan tidak berubah dari bacaan sebelum ini. Bagi 2016 secara keseluruhan, pertumbuhan ekonomin (GDP) adalah 1.7%.

Data pertumbuhan hari ini dilihat akan mengekalkan tren pertumbuhan yang semakin kukuh di Zon-Eropah dalam jangka pendek, khususnya dengan pengukuhan dalam ekonomi Jerman. Tetapi masih ada kebimbangan sama ada pengukuhan ini akan berterusan atau pun tidak sehingga bacaan yang meyakinkan dari negara seperti Itali.

Dalam konteks ini, ketegangan politik akan menjadi perhatian dalam ekonomi Zon-Eropah, berikutan Perancis akan mengadakan pilihanraya Presiden pada April dan May ini.

Eur/Usd mengekalkan pergerakan sejurus data dikeluarkan dengan menguji ‘Resitance‘ di 1.0700.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat