Pertumbuhan Ekonomi Zon Eropah Naik 0.5% Pada Suku Pertama 2017

56

Pertumbuhan ekonomi Zon Eropah meningkat 0.5% pada suku pertama 2017 yang sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan kali ini juga merupakan kadar pertumbuhan yang sama direkod pada suku keempat 2016 yang dikaji semula dari bacaan asal 0.4%.

Peningkatan dalam tempoh suku pertama 2016 sehingga suku pertama 2017 mencatat penyusutan kepada 1.7% dari 1.8% yang dilapor sebelum ini sejajar dengan jangkaan pasaran.

Data ini adalah anggaran pertama dari segi sukuan dan tiada meklumat lanjut tentang komponen pertumbuhan bagi keseluruhan Zon Eropah atau data setiap negara dalam blok tersebut.

Data-data penting Zon Eropah terus mengukuh sepanjang beberapa bulan ini dengan data terbaru indeks PMI di paras tertinggi enam tahun lepas.

Secara keseluruhan polisi monetari ECB masih lagi dalam darjah pelonggaran tinggi, yang mana terus menyokong permintaan domestik dengan matawang Euro kekal kompetitif dalam pasaran global.

Trend dalam pasaran pekerjaan terus kekal memberangsangkan dengan kadar pengangguran di paras terendah lapan tahun lepas walaupun masih ada komponen yang lemah seperti Itali.

Tiada reaksi pasaran yang signifikan dengan aktiviti dagangan masih minimum menjelang penetapan polisi monetari US lewat sesi Eropah pada awal pagi Khamis.

Dari segi pandangan jangka masa sederhana, pasaran akan terus memerhatikan pilihanraya Perancis bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang tindakan ECB selepas ini sama ada ke arah mengurangkan rangsangan ataupun tidak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat