Pertumbuhan GDP Amerika Suku Ketiga Bertumbuh Dengan Lebih Pantas Daripada Jangkaan!

275

Ekonomi Amerika Syarikat bertumbuh dengan lebih pantas daripada jangkaan pada suku tahun ketiga memandangkan pasaran buruh yang kukuh berikutan didorong oleh perbelanjaan pengguna. Walaubagaimanapun, disudut lain pelaburan perniagaan jatuh mendadak kerana terkesan oleh perang perdagangan AS-China.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau GDP Amerika Syarikat bertumbuh pada kadar 1.9% setahun dalam tempoh 3 bulan yang berakhir pada bulan September. Menurut Jabatan Perdagangan, laporan data yang dikeluarkan pada hari ini merupakan anggaran awal.

Bacaan yang dikeluarkan mengatasi jangkaan pakar ekonomi yang menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan bertumbuh pada kadar 1.6% pada suku ketiga, namun bacaan suku ketiga ini masih dibawah paras yang dikecapi pada suku kedua iaitu pada paras 2.0%.

Menurut Jabatan Perdagangan, terdapat kejatuhan mendadak dalam pelaburan perniagaan dan dalam masa yang sama pelaburan bukan residential jatuh sebanyak 3.0% setahun pada suku ketiga.

Secara keseluruhan, pakar ekonomi, Jeroen Blokland mengatakan bahawa ekonomi bertumbuh pada kadar paras pertumbuhan berpotensi walaupun jatuh dari paras 3% yang dikecapi pada tahun 2018.

Laporan pertumbuhan GDP A.S dikeluarkan menjelang keputusan the Fed terhadap kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat