Pertumbuhan GDP Jepun Suku Tahun Ketiga Melebihi Jangkaan

93

Ekonomi Jepun bertumbuh dengan pantas melebihi jangkaan pada suku tahun ketiga. Pertumbuhan ini didorong oleh eksport yang kukuh dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Ekonomi Jepun berkembang sebanyak 1.4% setahun bagi suku tahun ketiga. Bacaan ini melebihi pertumbuhan ekonomi sebelumnya yang mencatat pertumbuhan 1.3%. Data ini menunjukkan ekonomi Jepun mencatat pertumbuhan sepanjang 7 suku tahun.

Perbelanjaan pengguna jatuh buat kali pertama dalam tempoh 7 sukuan. Menurut penganalisis perkara ini hanya bersifat sementara kerana ekonomi sedang menghampiri gunatenaga penuh dan hal ini akan mendorong pertumbuhan pengunaan domestik pada masa akan datang. Dalam masa yang sama, peningkatan eksport dan perbelanjaan modal juga dijangka akan mendorong pertumbuhan ekonomi.

Gross domestic product (GDP) meningkat 0.3% sukuan berbanding suku tahun sebelumnya. Bacaan ini menepati sasran penganalisis.

Permintaan luaran dan eksport bersih merupakan sumbangan terbesar bagi peningkatan GDP bagi suku tahun ketiga. Eskport kenderaan dan barang elektronik ke Amerika Syarikat dan Asia kukuh bagi suku ketiga. Hal ini menunjukkan terdapat peningkatan permintaan global.

Menurut penganalisis, secara keseluruhan, data tersebut menunjukkan bahawa aktiviti ekonomi akan terus berkembang pada suku tahun keempat. Di tambah pula dengan pendapatan isirumah dan pemintaan luaran yang semakin kukuh.

Kerajaan Jepun dijangka akan mengeluarkan laporan indikator ekonomi dan menjangkakan untuk meningkatkan pelaburan dalam kemahiran pekerajaan dan meningkatkan produktiviti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat