Pertumbuhan GDP U.S Perlahan Pada Kadar 2.1% Bagi Suku Tahun Kedua!

664

Pertumbuhan ekonomi AS bertumbuh dengan perlahan pada suku kedua tahun ini. Walaubagaimanapun, peberlanjaan pengguna menunujukkan peningkatan dan melampaui sasaran walaupun dihimpit dengan data pelaburan perniagaan yang lemah dan kejatuhan dalam eksport.

Kadar GDP bertumbuh sebanyak 2.1% setahun berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan pada hari Jumaat berbanding suku tahun pertama yang mencatat pertumbuhan 3.1%.

Angka ini menunjukkan sokongan bagi the Fed agar bertindak kurang agresif dalam pelonggaran monetari polisi. The Fed dijangka akan mengurangkan kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata pada mesyuarat 31 Julai nanti.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama menunjukkan pengkuhan sebanyak 0.22% pada paras 97.762 setakat jam 10.50 p.m.

Disisi lain, perbelanjaan pengguna yang merupakan salah satu indikator penting dalam mengukur kekuatan ekonomi menunjukkan pertumbuhan sebanyak 4.3%. Manakala perbelanjaan kerajaan naik 5%, peningkatan terbanyak dalam tempoh 1 dekad.

Laporan yang bercampur ini membuatkan pasaran mempersoalkan bagaimana Presiden Donald Trump akan berhadapan dengan perkara ini. Trump sebelum ini berkali-berkali menegaskan kadar faedah yang rendah namun dalam masa yang sama perang dagang AS-China masih memberi ketidakpastian dalam perniagaan global.

Laporan hari ini menunjukkan bahawa perdagangan masih dalam tahap yang mengkhuatirkan apabila eksport AS jatuh sebanyak 5.2% dan import naik 0.1%. Kadar tahunan eksport bersih bertumbuh pada kadar 2.3%, pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh 2 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat