Pertumbuhan Import Jepun Mengatasi Eksport

739

Lebihan perdagangan Jepun berkurang lebih dari jangkaan pada April dengan peningkatan import melebihi eksport.

Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).

Kementerian Kewangan melaporkan lebihan perdagangan pada April adalah Yen481.7 billion merosot dari Yen614.7 billion sebelum ini. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah lebihan Yen520.7 billion.

Eksport meningkat secara tahunan kepada 7.5% pada April berbanding 12% yang dicatat sebelum ini. Eksport sehingga kini telah meningkat lima bulan berturut-turut yang menstabilkan kejatuhan selama 15 bulan.

Dalam masa yang sama import naik 15.1 dalam tempoh 12 bulan sehingga April 2017 berbanding yang direkod pada Mac iaitu 15.8%.

Jepun kini hampir keluar dari defisit dagangan yang dialami sejak enam tahun lalu didorong nilai import yang semakin berkurangan. Akaun perdagangan Jepun juga semakin baik yang disokong oleh nilai Yen yang kompetitif dan juga lonjakan semula pasaran antarabangsa. Kedua-dua faktor ini telah menyokong eksport yang memberi sumbangan positif kepada pertumbuhan ekonomi.

Jepun selama ini banyak bergantung kepada sektor pembuatan dalam pertumbuhan ekonomi. Walaubagaimanapun, sektor ini yang mewakili 27% dari pertumbuhan ekonomi pada awal 1980-an kini berkurang di bawah 20% ketika ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat