Pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat Catat Bacaan Lebih Tinggi Pada Suku Ketiga!

277

Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat mencatat peningkatan sedikit pada suku ketiga berbanding tahun sebelumnya pada tempoh yang sama dan dalam masa yang sama terdapat tanda-tanda bahawa pelaburan perniagaan semakin perlahan.

Prospek ekonomi A.S bertambah baik dengan data-data yang dikeluarkan pada hari Rabu adalah positif. Pada hari ini, Jabatan Buruh melaporkan bahawa tuntutan
pengangguran awal di Amerika Syarikat bagi minggu berakhir 23 November menunjukkan kejatuhan dengan berjumlah 213,000 tuntutan berbanding 227,000 pada minggu sebelumnya.

Laporan KDNK Amerika Syarikat selepas laporan menunjukkan bahawa terdapat pertumbuhan dalam aktiviti pasaran hartanah pada awal suku keempat dan kejatuhan mendadak dalam defisit perdagangan. Dalam masa yang sama, data juga menunjukkan terdapat peningkatan dalam inventori oleh peruncit.

Kemajuan data yang positif dalam ekonomi ini akan mengurangkan risiko dalam berhadapan kemelesetan ekonomi dalam masa terdekat ini. Pada bulan lepas, the Fed telah mengurangkan kadar faedah buat kali ketiga dalam masa setahun dan memberi indikasi bahawa kitaran pelonggaran polisi akan diberhentikan buat sementara waktu.

Ekonomi AS mencatat peningkatan sebanyak 2.1% tahunan pada suku ketiga 2019, berbanding dengan anggaran awal 1.9% yang diasasarkan pada bulan lepas. Bacaan ini juga dan meningkat daripada bacaan 2.0% yang dikecapi pada suku sebelumnya.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.16% pada paras 98.339 setakat jam 11.15 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat