Pertumbuhan Malaysia Diramal Terus Maju Namun Ada Harga Yang Perlu Dibayar!

592

‘Unjuran yang ditetapkan agak tinggi seiring dengan masalah makroekonomi yang besar.’

The World Bank menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia berada dalam landasan pertumbuhan ekonomi yang cemerlang untuk 2022.

Menerusi laporan World Bank East Asia and the Pacific Economic Update, unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diukur dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dikemas kini dari 5.5% kepada 6.4%.

Selain itu, bacaan GDP negara pula diramalkan meningkat 4.2% pada 2023 berdasarkan pengukuhan permintaan domestik serta pemulihan berterusan dalam pasaran buruh.

Turut digariskan adalah pemulihan aktiviti pelancongan domestik serta luar dan projek pelaburan berbilang tahun akan menjadi batu sokongan kukuh kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Namun, di sebalik semua itu masih terdapat faktor negatif luar yang mungkin merencatkan potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Menurut pakar ekonomi, Aaditya Mattoo, kelembapan dalam pertumbuhan negara maju seperti China serta situasi kewangan yang tidak memberangsangkan dan isu rantaian bekalan boleh memberi kesan kepada import negara.

Di peringkat domestik pula, spekulasi pilihan raya umum Malaysia turut meningkatkan ketidaktentuan pelabur dalam jangka masa terdekat.

Tidak dilupakan juga dengan faktor inflasi ekoran peningkatan kos makanan dan kejatuhan nilai ringgit yang menjadi kebimbangan kepada pemulihan ekonomi yang tidak sekata.

Sebagai penjelasan, tidak semua orang miskin menerima sokongan yang cukup dan banyak yang menghadapi masalah kewangan mendalam.

Maka, tidak hairan jika Malaysia boleh tersasar dari unjuran andai masalah-masalah tersebut gagal ditangani dengan sebaiknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat