Perubahan Sentimen Pasaran Menyokong Siri Kenaikan Pada Dagangan AUD/USD

294

Setelah risiko dalam pasaran mula reda didorong oleh komen positif Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Steven Mnuchin yang memberi harapan positif terhadap perkembangan rundingan dagang AS-China, matawang berpulangan tinggi seperti dolar NZD dan dolar AUD kini mula mendapat permintaan para pelabur.

Aussie yang sensitif terhadap sentimen kestabilan China, terus mengukuh berbanding USD sejak siri kenaikan minggu sebelum ini berikutan dagangan dolar Amerika yang masih terkesan oleh faktor fundamental bank pusat serta kritikan Donald Trump terhadap penetapan kadar faedah semasa.

Pelabur sebelum ini menjangkakan peluang untuk rundingan antara Amerika Syarikat dan China untuk mencapai kesepakatan pada pertemuan minggu ini adalah tipis, mula merasa sedikit lega susulan komen Mnuchin yang mengatakan proses rundingan sudah hampir sempurna sepenuhnya.

Walaupun dagangan Aussie dilihat lebih mengukuh berbanding USD, namun sentimen bagi matawang Australia tersebut masih lagi berisiko berikutan jangkaan penurunan kadar selepas kenyataan dovish bank pusat Australia yang sebelum ini telah menurunkan kadar faedah pada mesyuarat polisi monetari.

Pergerakan pada carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD telah mencatatkan siri kenaikan yang konsisten setiap hari sejak minggu lalu walaupun kadar kenaikan tidak terlalu agresif.

Pada dagangan semalam, harga yang membuat kenaikan dari paras Magic Pivot terus mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk 2 minggu hampir mencecah paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Harga yang bersambung pada dagangan hari ini masih dilihat cuba meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi dan telah melepasi paras ketinggian semalam, namun pergerakan harga dilihat perlahan dan mendatar menjelang pembukaan sesi Eropah hari ini.

Harga dijangka akan meneruskan kenaikan sehingga ke paras sekitar 0.70200 dan menguji zon resistance untuk dagangan bulan ini di mana harga gagal menembusi paras tersebut ketika diuji beberapa kali pada awal bulan sebelum membuat penurunan.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula berkemungkinan faktor risiko yang kembali menguasai pasaran, paras sekitar Magic Pivot 0.6976 dan support 0.658 (MagicS1) akan menjadi kawasan destinasi penurunan awal harga yang merupakan zon RBS (resistance become support) terbaru.

Penurunan lebih rendah akan menuju ke paras support 0.6933 (MagicS2) juga merupakan zon RBS pada carta harga AUD/USD di mana harga berjaya melepasi kenaikan lebih tinggi setelah diuji pada awal permulaan dagangan minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 0.6958, 0.6933, 0.6915.

Paras resistance: 0.7002, 0.7020, 0.7046.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker FBS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat