Pesaing Evergrande, Kaisa Terima ‘Booster’ Bantu China Kembali Sihat

163

‘Nasib baik ada syarikat luar nak beli projek tertangguh, kalau tak, habis kerajaan Xi Jinping banyak hutang.’

Kaisa Group, firma hartanah perumahan yang berstatus default ke-2 terbesar selepas Evergrande Group, menerima rangsangan untuk meredakan tekanan hutangnya.

Menurut sumber dari China, sebuah syarikat pemiutang luar (off-shore) menaruh minat dan ingin melabur sebanyak $2 bilion bagi membeli projek Kaisa yang tertangguh di Shenzhen.

Namun begitu rancangan pemerolehan $2 bilion tersebut dikatakan masih diperingkat perbincangan awal.

Sumber lain pula mengatakan pemiutang off-shore tersebut melantik kumpulan penasihat kewangan, Lazard untuk mengemukakan tawaran pemerolehan terhadap projek Kaisa yang tertangguh itu,

Setakat ini projek tertangguh tersebut di bawah penyeliaan penasihat pemaju CITIC Securities.

Sebagai makluman, Kaisa Group (seperti Evergande) terlibat dalam proses penstrukturan semula hutang off-shore bernilai $12 bilion selepas dikenakan status default pada tahun lepas.

Projek-projek Kaisa umumnya melibatkan hartanah di bandar prolifik tinggi di China, yang membolehkan pemegang bon meraih keuntungan selepas ia disiapkan.

Jadi situasi Kaisa juga secara tidak langsung memberi kesan kepada China yang masih lagi di bawah tekanan dengan sekatan Covid-19 merencatkan aktiviti ekonominya.

Dalam pada itu, pihak Kaisa mahupun Lazard dan CITIC masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pemerolehan tersebut.

Tetapi apa yang diketahui adalah andai pemerolehan tersebut berjaya, Kaisa akan menjadi firma pertama China yang menjual projek perumahan mereka kepada syarikat asing.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat