Petanda Bullish? Lebih 33K BTC Keluar Daripada Wallet Bursa!

402

“Jadi maksudnya harga BTC akan naik tinggi ke dalam masa terdekat ini?”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) pada masa ini masih mengekalkan kedudukannya di bawah $29,000, tetapi aset digital tersebut baru-baru ini telah menyaksikan aktiviti ketara daripada wallet bursa.

Menurut penganalisis kripto Ali Martinez, kira-kira 33,000 BTC bernilai $924 juta dikeluarkan daripada wallet bursa aset digital dan perkara tersebut telah menyebabkan keterujaan di kalangan komuniti tercetus.

Menerusi pemerhatian, BTC bernilai $250 juta telah dialihkan keluar daripada bursa kripto pada 16 Oktober 2023 diikuti dengan tambahan $200 juta pada 17 Oktober.

Sebahagian besar aliran keluar yang ketara dikaitkan secara langsung dengan Binance susulan dari 14 Oktober hingga 17 Oktober 2023, terdapat 16,000 BTC dikeluarkan daripada wallet bursa kripto itu sehingga mengakibatkan jumlah BTC dipegangnya menurun drastik.

Bagaimanapun, perkembangan itu sangat berbeza untuk sebulan lalu kerana hampir 30,000 BTC bernilai $820 juta telah disalurkan ke dalam bursa berpusat sebelum Grayscale menemui kejayaan undang-undangnya terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Jadi di sini dapat dilihat bahawa penurunan ketara dalam bekalan BTC di bursa kripto biasanya dapat meningkatkan permintaan seterusnya mendorong BTC untuk mendaki lebih tinggi daripada harga semasanya.

Hal ini kerana apabila pengguna mengeluarkan aset digital daripada bursa kripto, terdapat kemungkinan mereka akan kurang cenderung untuk terlibat dalam aktiviti penjualan dan sebaliknya.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC masih mencatatkan junaman sebanyak 0.09% pada paras $28,351 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $553 bilion tetapi tetap raih 5.97% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat