Petinju lagenda Floyd Mayweather Bakal Terbit NFT Bulan Ini!

669

Floyd Mayweather yang merupakan petinju lagenda menyatakan hasrat untuk ikut turut serta bergabung dalam dunia NFT dan bersedia melelong koleksi digital edisi terhad dengan kerjasama IronBend.

Koleksi NFT tersebut akan dikembangkan oleh Reality Gaming Group yang terkenal dalam domain blockchain dan hasil karya digital akan merayakan legasi kehidupan dan kerjaya Floyd Mayweather. Ia akan akan merangkumi barangan peribadi dan langka dari petinju lagenda tersebut.

Koleksi NFT dijadualkan dilancarkan pada 26 Mei menjelang pertarungan hebat antara dia dan bintang Youtube popular, Logan Paul.Bercakap mengenai koleksi NFT yang akan datang, Mayweather menyatakan,

“Saya bermula dari tiada apa-apa dan berusaha keras untuk mencapai apa yang saya kecapi sekarang. Saya tidak memandang diri saya sebagai selebriti – saya memandang diri saya sebagai ikon. Nama saya akan tersemat berdasarkan sumbangan saya di hati peminat. Koleksi digital ini memberi peluang kepada semua orang untuk menjadi sebahagian daripada Warisan Mayweather. ”

Token Non-Fungible aka NFT bukan perkara baru dan telah digunakan selama hampir tiga tahun sehingga sekarang, dengan penggunaan utamanya adalah ganjaran dalam permainan dalam permainan video.

Walau bagaimanapun, 2021 telah menjadikan NFT menjadi fenomena kerana ramai artis, penyanyi dan pekarya melancarkan dan melelong digital edisi terhad untuk peminat yang mendapat jutaan dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat