Petron Malaysia Cetus Badai di Bursa Malaysia!

1,402

Saham Petron Malaysia Refining dan Marketing Bhd melonjak sebanyak 38 sen atau 10.98% kepada RM3.84 selepas syarikat itu mengumumkan keuntungan bersihnya untuk suku ketiga berakhir 30 September 2020 (3QFY20) meningkat tiga kali ganda kepada RM97.64 juta.

Pada pukul 10.18 pagi, kaunter saham syarikat itu melonjak pada paras RM3.76, masih meningkat 30 sen atau 8.67%, menjadikannya antara kaunter kelima paling untung pagi tadi.

Kaunter syarikat tersebut turut menyaksikan sebanyak 398,700 saham bertukar tangan.

Semalam, Petron Malaysia mengumumkan keuntungan bersihnya melonjak 183.64% kepada RM97.64 juta berbanding RM34.42 juta tahun lalu, disokong oleh langkah rasionalisasi membabitkan kos dan keuntungan kasar yang lebih tinggi.

Pendapatan syarikat berkenaan untuk 3QFY20 bagaimanapun jatuh 39.24% kepada RM1.68 bilion daripada RM2.77 bilion berikutan penularan pandemik yang berterusan membatasi harga dan permintaan minyak tahun ini.

Selain itu, untuk sembilan bulan pertama yang berakhir 30 September, Petron Malaysia mengalami kerugian bersih sebanyak RM55.33 juta daripada keuntungan bersih RM148.16 juta. Pendapatannya juga menyusut 42.07% kepada RM4.95 bilion berbanding RM8.54 bilion sebelum ini.

Walaupun terdapat ancaman yang berterusan akibat pandemik terhadap industri minyak dan ekonomi Malaysia, syarikat tersebut tetap yakin bahawa melalui sumber daya dan langkah pengurusan risiko yang berhemat, prestasi perniagaan akan bertambah baik seiring dengan pemulihan ekonomi negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat