Petronas Tingkatkan Kapsiti Pengeluaran Minyak Mentah Di Iraq

682

‘Kalau banyak macam tu, isu minyak boleh settle rasanya.’

Pengusaha sumber emas hitam negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membenarkan syarikat cabangnya, Petronas Carigali Iraq Holding B.V. (PCIHBV) untuk menaikkan kapasiti pengeluaran minyak mentah di medan minyak Garraf, Iraq.

Menurut Petronas, PCIHBV telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran di medan minyak Garraf dari 100,000 tong sehari kepada 130,000 tong sehari menjelang suku ke-3 2022.

Ia merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dalam usaha syarikat untuk merealisasikan sasaran pengeluaran sebanyak 230,000 tong sehari menjelang 2024.

Satu kenyataan yang dibuat Petronas di laman Facebook rasmi syarikat menyatakan medan minyak Garraf buat masa ini mampu menghasilkan sekitar 100,000 tong sehari.

Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, PCIHBV dimaklumkan telah menyediakan kemudahan kereta api minyak (LOT) pajakan 30 kbopd (ribu tong minyak sehari) yang mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 130,000 tong sehari.

Sementara itu, Petronas juga sempat menzahirkan rasa terima kasih kepada rakan kerjasama kuatnya termasuk Japan Petroleum Exploration Co Ltd dan North Oil Co serta sokongan berterusan daripada Kementerian Minyak Iraq dan Thi Qar Oil Co. dalam merealisasikan pencapai tersebut.

Difahamkan matlamat utama Petronas adalah untuk meningkatkan pengeluaran di medan minyak Garraf ke tahap lebih tinggi menjelang 2022, seterusnya membuka lembaran baru bagi merealisasikan sasaran pengeluaran dataran tingginya sebanyak 230 kbopd pada 2024.

Sebagai makluman, PCIHBV telah beroperasi di Iraq sejak 2010 yang mengusahakan 3 medan minyak iaitu Garraf, Halfaya dan Badra.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat