Petunjuk Awal Dari Data ADP Ini Buatkan Pasaran Optimis – Ini Sebabnya!

519

Laporan pekerjaan bagi sektor swasta di Amerika Syarikat pada bulan Mac dilaporkan berkembang pada kadar terpantas sejak September kerana jangkaan bahawa ekonomi akan terus mencatat pemulihan yang kuat, ditambah pula dengan kadar vaksinasi yang lebih agresif  mendorong syarikat untuk mengambil lebih ramai pekerja.

Sektor syarikat berjaya menambah 517,000 pekerjaan pada bulan Mac. Angka ini jauh melonjak naik dari angka yang dicatat pada bulan lepas iaitu sebanyak 176,000. Walaupun begitu ia sedikit tersasar dari ramalan pakar ekonomi yang mensasarkan sebanyak 525,000 pekerjaan.

Biarpun angka bulan Mac di bawah jangkaan namun bulan Mac menunjukkan ekonomi telah mencatat pengambilan terbesar sejak September lalu.

Bacaan ADP yang tinggi pada bulan Mac adalah didorong oleh kenaikan pertambahan pekerjaan dari sektor rekreasi dan perhotelan. Sektor ini merupakan antara sektor yang paling banyak terjejas namun ia telah menyumbang sebanyak 169,000 pekerja pada bulan Mac  dan 437,000 dari sektor perkhidmatan.

Menurut Nela Richardson, ketua ekonomi di ADP berpendapat sektor perhotelan, restoran dan sewaktu dengannya memiliki peluang paling besar untuk berkembang kerana ekonomi terus dibuka secara beransur-ansur dan vaksin disediakan dengan lebih meluas.

Pasaran kini memberi tumpuan pada data NFP yang bakal dikeluarkan pada hari Jumaat nanti. Penganalisis menjangkakan peningkatan sebanyak 675,000 pada bulan Mac. Angka pengangguran juga dijangka jatuh kepada 6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat