Petunjuk Awal Dari Data ADP Ini Buatkan Pasaran Teruja– Ini Sebabnya!

276

Pertumbuhan pertambahan pekerjaan swasta kekal kukuh pada Oktober diikuti dengan kenaikan dalam gaji terutamanya dalam industri yang berorientasikan hospitali berdsarkan laporan sebentar daripada firma pemprosesan gaji ADP.

Syarikat berjaya menambah 239,000 pekerj untuk bulan itu, mendahului anggaran Dow Jones sebanyak 195,000 dan lebih baik daripada 192,000 yang disemak menurun pada bulan September. Upah/gaji meningkat 7.7% pada asas tahunan, turun 0.1 mata peratusan daripada bulan sebelumnya.

Pertumbuhan pekerjaan dilaporkan amat kukuh dalam sektor riadah dan perhotelan, yang menambah 210,000 jawatan manakala pertumbuhan gaji meningkat 11.2%. Industri, yang merangkumi hotel, restoran, bar dan perniagaan yang berkaitan, dilihat sebagai penggerak kerana ia merupakan industri paling terkesan semasa Covid-19 melanda.

Pertumbuhan pekerjaan aripada industri berkaitan perkhidmatan pula menambah 247,000 pekerjaan, manakala sektor pengeluar barangan kehilangan 8,000 pekerjaan, disebabkan sebahagian besarnya kehilangan 20,000 jawatan pembuatan. Perdagangan, pengangkutan dan utiliti meningkat sebanyak 84,000.

Menurut ketua ekonomi ADP, Nela Richardson, “ini merupakan jumlah yang sangat kukuh. Pengeluar barangan, yang sensitif terhadap kadar faedah, menarik balik, dan penukar pekerjaan memperoleh keuntungan gaji yang lebih kecil. Walaupun kami melihat tanda-tanda awal kejatuhan permintaan yang didorong oleh Fed, ia hanya menjejaskan sektor tertentu dalam pasaran buruh.”

Rizab Persekutuan telah menaikkan kadar faedah dalam usaha untuk menyejukkan inflasi yang menghampiri paras tertingginya dalam tempoh lebih 40 tahun. Satu matlamat utama ialah pasaran buruh yang ketat dari segi sejarah, di mana peluang pekerjaan melebihi jumlah pekerja yang ada dengan margin hampir 2 berbanding 1.

Laporan ADP datang dua hari sebelum data NFP dikeluarkan. Bacaan NFP dijangka menunjukkan pertumbuhan 205,000, daripada 263,000 yang dikecapi pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat